Huawei P9 : Short Term Aim!



Cantiknya tempat ni.
Kem PLKN Bukit Besar.
Tempat pergi Kem Kepimpinan masa Tingkatan 2.
Cantik teramat.
Tambah malam-malam ni BBQ tepi tasik pulak. Ikut mama ada program sekolah dia.
I really missed my Huawei Ascend P7 yang terkorban masa Debat Keamanan haritu.
Nak tangkap gambar lawa!
Merata cari model sama lepas rosak haritu tapi Huawei dah tak produce lagi.
Bagi kita, Huawei Ascend P8 memang tak dapat lawan kualiti Abang P7 dia dari segi kamera.
So I went for G series instead sebab murah agak banyak dan RAM besar.
But I was quite wrong somehow.
Siapa nak beli Huawei, kalau within budget, better pilih Ascend P series.
Walaupun specs nampak sama dengan G series dan mungkin Honor series, tapi kualiti tak sama.
Ascend ni kira premium line la kalau untuk Huawei.
Kamera, performance, display semua at its best.
Kalau tanya kita, I would say it is comparable to iPhone.
Though, ada la juga little bugs kadang-kadang kalau dah namanya android.
Still disebabkan kita tak nak bayar untuk games dan lagu, suka android jugak! HAHA
Tengok pemandangan ni, buat lagi teringat dekat iklan Huawei Ascend P9 yang kamera Leica tu.
Daebak sangat kameranya untuk kategori smartphone.

Takde bajetlah tapi.
Ingat nak topup bajet dengan bonus Shaklee.

Kawan kita dalam bisnes ni dah berjaya rembat iPhone 6S dah pun.
Impian jangka pendek ni.
Self reward untuk pastikan jiwa terus bersemangat.
Sebab bila namanya manusia, memang perlukan impian jangka pendek dan pandang.
InshaAllah aamiin

Team Kesayanganku















Nama saya Rashidah.
Saya suka bonding.
.
Saya suka kerja yang mantap.
.
Tapi saya laaagiiii suka kalau dapat pasukan yang ada BONDING & KERJA YANG MANTAP.
😍😍😍
.
.
Dua ni saling memerlukan tau!
Kalau ada bonding tapi kerja tak jalan, bonding boleh rosak.
Kerja saja bonding tak ada, semangat kerja pun boleh down.
.
.
Kunci dalam kejayaan sesebuah team ialah
KESUNGGUHAN & KEAKRABAN
.
.
.
Saya bersyukur dengan team saya yang Allah pinjamkan 💝
Kerja memang jalan.
Coaching ilmu perubatan dan perniagaan.
Ingatkan tentang ibadat.

Bonding pun kuat.
Rapat macam adik beradik.
Takde gap walau sorang doktor sorang student sorang suri rumah.

Jujur, saya bila down nak menangis ke dah menangis ke mesti cerita dengan team. 
Dan yang paling best bila mereka sentiasa support saya yang berstatus student ni meniaga. 

Saya student, kadang-kadang ada juga rasa risau. 
Ada ke orang confident nak beli dengan aku?

Walaupun saya tahu, saya ada ilmu. 
Saya dilatih oleh doktor untuk berniaga supplement Shaklee ni. 
Saya boleh consult orang dengan baik. 

Terima kasih pada mereka, saya tak lemah. 
Kami mampu maju ke hadapan.

Saya yakin dengan kebolehan saya. 
Kita kalau nak berjaya mesti yakin kebolehan diri. 
Tak yakin tak ke mana

Siapa commit,dia berjaya. 💝

JANGAN LUPA PINTU REZEKI : Part 1

🌟 Mak Ayah 🌟
Usaha bagi sebahagian untung pada mak abah. 
Hatta kalau untung RM5, bagi juga walau RM1.
Kalau berniaga produk kesihatan, apa salahnya bawa balik sedikit untuk mak ayah makan.
Mudah-mudahan makin sihat dan tenang hati mereka 
Yakin, cepat atau lambat Allah mesti bagi berganda.
Doa jangan putus untuk ibu bapa.
Allah dah janji, tiada putus rezeki seorang anak selagi mendoakan untuk kedua ibu bapa.
Bagi yang ayah ibu sudah tiada,
sebahagian untung sedekah / wakaflah atas namanya.
Semoga bahagia dan tenang mereka di 'sana'.
Bersambung ke Part 2, insya-Allah.
Untuk pertanyaan dan pembelian produk Shaklee untuk kulit, fitness dan lain-lain, masih boleh hubungi kita macam biasa 
0134267655

Ceritera Branding




Dulu sejujurnya sepatah apa pun saya tak faham pasal branding. 
Malah saya rasa branding ni benda paling susah dalam dunia!
Masa sifu saya ajar, serius saya tak faham. 
Lama baru dapat faham. 
Bila dah faham, kita kongsi dengan orang la kan. 

😉😉😉😉😉

APA ITU BRANDING ?

Branding is about seeking for the best quality in you and emphasizing it for the world to see and remember!

Setiap manusia ada sesuatu yang boleh dikongsi kepada orang ramai. 
Kita tengok orang lain pun, kita boleh terinspirasi. 
Begitu juga bila orang tengok kita. 

Apa yang menginspirasikan orang lain pada diri kita, inshaAllah ialah jenama kita.
Setiap orang lain karakternya, maka jenama setiap orang BERBEZA. 

Sesuatu tentang kita yang lekat dalam ingatan orang lain. 
Maka pilihlah jenama yang baik-baik untuk diri sendiri. 

Ingat, pembeli tak hanya memilih produk. Mereka juga memilih dari siapa mereka membeli. 

KENAPA PERLUKAN BRANDING?

💌 Anda bukan satu-satunya orang yang berniaga samada offline dan online.
💌 Ada ribuan peniaga, malah ribuan peniaga yang menjual produk sama seperti anda.
💌 Anda perlu 'lekat' dalam fikiran prospek untuk 'mengikat' bakal pelanggan.
💌 Branding ialah cara untuk memastikan apabila orang nak beli produk, orang akan ingat anda. Bukan seller lain. Dan terus serbu anda!
💌 Orang tidak akan tahu anda seller yang bagus jika anda tidak cerminkan ke'bagus'an anda.
💌 Branding ialah cara untuk mencerminkan kredibiliti anda sebagai penjual tanpa perlu kelihatan 'bajet' atau buat rakan 'unfollow' anda.
💌 Branding juga ialah 'like marketing' yang bersifat percuma
💌 Paling penting, branding akan memberi kepercayaan kepada prospek untuk membeli daripada anda.


Powered by Blogger.